Sunday, 13 March 2022

Tanda Allah nak kite jadi baik

Credit to this guy from Youtube Ustaz Ahmad Rizam


Michael Logan Callahan Jr.

2 months ago 


https://www.youtube.com/watch?v=xlLs_FYBsv4

Bagi nombor 6 tu selepas solat Zohor, Asar dan Isyak baca setiap dua doa tu 3 kali.

Moga moga bermanfaat bagi semua orang. Ini antara senjata umat akhir zaman 0. Bacalah Al Quran sekurang-kurangnya 2 muka surat setiap hari. 1. Baca Surah Al-Mulk setiap malam. 2. Baca Surah Al-Kahfi sama ada: a) Baca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir setiap hari. b) Baca 110 ayat setiap hari Jumaat. 3. Baca Sayyidul Istighfar 3 kali selepas Subuh dan 3 kali selepas Maghrib: اللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّيْ لَا اِلٰهَ اِلّاَ اَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَ اَنَا عَبْدُكَ وَ اَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَاْ اْسْتَطَعْتُ اَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ اَبُـوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ  عَلَيَّ وَاَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاْغْفِرْلِيْ فَاِنَّهُ لَا يَغْفِرُ اْلذُّنُوْبَ اِلَّا اَنْتَ. 4. Baca 4 kali pada waktu pagi dan 4 kali pada waktu petang: اللَّهُمَّ إِنِّي أَصْبَحْتُ (امْسَيتُ) أُشْهِدُكَ وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ وَمَلَائِكَتَكَ وَجَمِيعَ خَلْقِكَ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ أَصْبَحْتُ : Pagi امْسَيتُ : Petang 5. Amalkan baca doa penghapus dosa syirik kecil dan besar: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ. 6. Baca 7 kali selepas Subuh dan 7 kali selepas Maghrib: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ. dan tambah ayat ini hanya selepas Maghrib: اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ. atau اللَّهُمَّ اِنِّي اَسْئَلُكَ الجَنَّةَالْفِردَوْس. 7. Baca doa ini selepas Tahiyat Akhir sebelum memberi salam setiap solat: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ 8. Baca doa ini selepas i'tidal sebelum sujud dalam solat: رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ. 9. Amalkan Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali kerana ia menyamakan kita telah khatamkan Al-Quran. 10. Amalkan solat sunat fajar 2 raka'at sebelum Subuh kerana ia lebih berharga daripada dunia dan isi-isinya. Baca Surah Al-Insyiroh pada rakaat 1 dan Surah Al-Fil pada rakaat 2 jika kamu mahu selamat dari kejahatan orang lain dan musuhnya. 11. Amalkan Solat sunat Ba'diyah 4 raka'at selepas Isya' kerana ia adalah seakan-akan beribadah pada malam Lailatul Qadar. 12. Amalkan solat sunat 12 raka'at setiap hari secara istiqomah kerana ia dapat menghindarkan daging seseorang dibakar daripada api neraka. 13. Amalkan selawat 💯 kali setiap hari atau pun kalau boleh 1000 kali sehari jikalau mampu.Kalau amalkan selawat 100 kali selepas Subuh, Allah SWT tunaikan 30 hajat di dunia dan 70 hajat di akhirat dengan syaratnya ialah tidak bercakap dengan orang lain. 14. Amalkan baca doa ini kerana ia memenatkan 70 malaikat mencatat ganjaran selama 1000 hari: جَزَی اﷲُ عَنَّاسَيِّدِنَا مُحَمَّدًاﷺ مَا هُوَ أُهْلُهْ. 15. Amalkan Doa Surah Ali Imran Ayat 8, Surah Al-Anbiya Ayat 87, Surah Al Baqarah ayat 201 dan Surah Al A'raf Ayat 23. 16. Kalau awak tak nak was was sudah berapa rakaat dalam solat guna petua saya dengan baca surah AL Kauthar pada rakaat 1 dan surah AL Ikhlas pada rakaat 2 untuk mudah ingat rakaat berapa sebab kadang kadang terlebih 1 rakaat. (Jangan lupa baca AL-Fatihah pulak) 17. Kalau awak sudah berkesempatan sampai ke masjid untuk solat atau untuk solat Jumaat, galakkan solat sunat Tahiyatul Masjid berserta dengan Sunat Qobliyah dan Sunat Ba'diyah. 18. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda: إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الوُضُوءِ، فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ  Maksudnya: “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari Kiamat dengan dahi, tangan dan kaki yang berseri-seri disebabkan daripada kesan-kesan wudhuk. Barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu untuk melebihkan dahinya maka lakukanlah ia.” [Riwayat al-Bukhari (136)] Riwayat Muslim (246) Anggota-anggota wudu' termasuk juga lebihkan basuhan pada kedua-dua tangan dan kaki dan kepala rambut tapi jangan lebih daripada 3 Kali.

No comments:

Post a Comment